Cara Hilangkan bau ketiak pada baju

Ketiak berbau sering terjadi apabila seseorang individu baru sahaja selesai melakukan aktiviti senaman mahupun aktiviti bersukan. Ini terjadi kerana terdapat banyak peluh yang berkumpul di bahagian ketiak lalu menjadi punca ketiak berbau. Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju yang berkesan? Bagi para isteri yang sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang. Teruskan membaca..

Cara hilangkan bau ketiak pada baju

Masalah ketiak berbau ini bukan sahaja terjadi kepada golongan lelaki tetapi ianya juga terjadi kepada golongan wanita. Justeru itu, ramai individu yang menggunakan pewangi ketiak untuk memastikan ketiak sentiasa dalam keadaan wangi sekaligus menghalang ketiak daripada menghasilkan berbau semerbak.

Namun begitu, pernahkah korang sedar lebihan-lebihan pewangi ketiak banyak melekat pada baju terutama pada bahagian atau area bawah lengan baju iaitu ketiak. Hal ini mungkin terjadi di sebabkan penggunaan pewangi ketiak yang terlalu banyak pada bahagian ketiak sehingga menyebabkan chemical atau cecair pewangi ketiak melekat pada baju tersebut.

Namun begitu, masalah ini menjadi makin rumit bagi sesetengah individu kerana bau pewangi plus bau ketiak yang terdapat pada baju ini sangat susah untuk dihilangkan walaupun baju telah pun di cuci. Baju nampak tak cantik dan ini boleh mendatangkan persepsi negatif rakan-rakan.

Hal ini secara tidak langsung menyebabkan sesetengah individu mulai runsing dek kerana bau ketiak pada baju tidak mudah hilang. Walau bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Justeru, atok yang dah berpengalaman ni (ehem..) mahu la berkongsikan beberapa cara hilangkan bau ketiak pada baju.

Tapi sebelum itu, jom lihat sepintas lalu apakah punca ketiak berbau..

Punca ketiak berbau

Punca ketiak berbau disebabkan oleh bakteria yang menghasilkan bau tidak sedap. Keadaan ini juga boleh diburukkan lagi oleh kulit yang tidak kering kerana aktiviti fizikal yang mengeluarkan banyak keringat.

Selain itu, gaya hidup aktif dan gaya pemakanan juga boleh menjadi punca ketiak berbau. Dan jangan tak tahu, pemilihan jenis pakaian dan penggunaan sesetengah produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia turut boleh menambahkan lagi keadaan ini.

Cara hilangkan bau ketiak

Jadi, adalah penting untuk menjaga kebersihan dan menukar pakaian setiap kali selepas aktiviti fizikal.

Selain itu, cara hilangkan bau ketiak yang seterusnya ialah korang kena amalkan rutin membersihkan ketiak dengan sabun dan air. Penggunaan deodoran dan antiperspiran juga boleh membantu mengurangkan masalah ketiak berbau.

Satu lagi, memakai pakaian dari bahan yang lembut dan bernafas serta menukar pakaian setelah aktiviti fizikal juga boleh membantu mengurangkan masalah ketiak berbau hapak. Kalau korang konsisten mengamalkan rutin ini, InsyaAllah inilah cara menghilangkan bau ketiak selamanya..

Ok.. Mengenai baju pula, ini beberapa cara hilangkan bau ketiak pada baju..

Gunakan Syampu

Bagi individu yang tidak tahu, syampu bukan sahaja di gunakan untuk membersihkan dan mewangikan rambut, tetapi ianya juga sesuai digunakan sebagai antara cara hilangkan bau ketiak pada baju.

Hal ini demikian kerana, syampu memiliki kandungan minyak yang sangat bagus untuk menghilangkan kotoran dan juga ianya mampu menggantikan bau ketiak pada baju dengan bau aroma wangian syampu.

Namun begitu, korang perlu pastikan yang korang menggunakan syampu untuk rambut berminyak ini kerana syampu tersebut cenderung lebih kuat untuk menghapuskan aroma kuat pada pakaian.

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu rendam baju tersebut pada air hangat. Kemudian letakkan syampu di area ketiak dan biarkan selama beberapa minit. Lalu gosok sedikit kawasan ketiak tersebut dan akhirnya bilas seperti biasa. Ini merupakan salah satu daripada cara hilangkan bau ketiak pada baju.

Pakai Garam

Penggunaan garam untuk baju sememangnya agak pelik bagi sesetengah individu. Namun begitu, garam merupakan bahan yang bersifat alkali yang boleh mengawal tahap pH sekaligus membantu meminimumkan bau yang terdapat pada bahagian bawah lengan iaitu ketiak.

Oleh itu, cara yang sesuai untuk korang lakukan adalah korang perlu menggunakan garam kasar dan kemudian sediakan air suam dan larutkannya dengan garam. Setelah itu, rendam baju tersebut di dalam air selama 30 minit kemudian bilas baju sehingga bersih.

Rendaman Air cuka

Sama seperti garam, penggunaan cuka dalam pembersihan bau ketiak pada baju mungkin agak pelik, namun air cuka sememangnya salah satu bahan yang mampu mengurangkan atau menghilangkan bau aroma ketiak pada baju.

Jangankan bau ketiak, sedangkan bau hanyir ikan pun cuka boleh bereskan. Suri-suri tahu la ni. Biasa korang memang rendam ikan dengan cuka kan..

Korang perlu mencampurkan beberapa senduk cuka dengan air untuk merendam baju. Kemudian, rendamkan baju selama beberapa minit sehinggan setengah jam dan setelah di rendam tu korang bersihkanlah baju dengan air biasa.

Apabila bau ketiak sudah dirasakan hilang, maka korang boleh membasuh pakaian tersebut seperti biasa menggunakan pewangi baju untuk memastikan baju menjadi lebih wangi dan berseri.

Namun begitu, ketika korang rendam baju dengan air cuka, korang perlu pastikan air cuka tersebut tidak dicampur dengan pewangi baju ya. Ini bagi mengelakkan baju menjadi rosak. Ini peringatan keras!

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara yang boleh korang lakukan jika baju korang penuh bau ketiak yang degil. Namun begitu, di atas ini beberapa cara hilangkan bau ketiak pada baju yang korang boleh cuba.

Walaupun mungkin, bahan-bahan yang digunakan ini agak pelik pada mulanya atau janggal digunakan terhadap pakaian. Tetapi ianya sedikit sebanyak dapat memberikan kesan yang baik dalam mencari petua atau cara hilangkan bau ketiak pada baju.

Rujukan Lain

Tengah mencari soalan Pengetahuan Am Malaysia? Di sini dikongsikan beberapa contoh soalan Pengetahuan Am tentang Malaysia..

Bagi korang yg nak mohon SPA9, di sini atok terangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon). Moga bermanfaat ya..

Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2023 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..

Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Baca 3 petua melembutkan daging kambing ini..

Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Moga bermanfaat..

Jom baca apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Apa pula makanan pantang gout. Serta apakah cara kurangkan kesakitan gout..

Perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat..

Dah cari contoh ucapan Hari Raya 2024 yang kreatif dan menarik untuk dihantar menerusi Whatsapp, Telegram, Emel, Insta, FB atau lain-lain saluran?

Leave a Comment

error: Content is protected !!