Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Ke mana-mana kita pergi, jika membahas tentang hari kemerdekaan pasti orang akan mengingati bendera Malaysia iaitu jalur gemilang. Namun sedar atau tidak, selain jalur gemilang sebagai identiti Malaysia, kita juga memiliki bunga kebangsaan kita sendiri. Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga kebangsaan iaitu bunga raya ini juga turut dikenali sebagai bunga bunga sepatu, kembang sepatu, chinese hibiscus, chinese rose, hawaian hibiscus dan shoeblackplant. Bunga ini merupakan spesies tumbuhan berbunga tropika, genus hibiscus dalam suku hibisceae keluarga malvaceae.

Jenis-jenis bunga raya

Ada 8 jenis bunga raya dalam genus hibiscus yang dikenalpasti, yakni:

  • Bunga raya brackenridgei
  • bunga raya cannabinus
  • Bunga raya moscheutos
  • Bunga raya mutabilis
  • Bunga raya rosa-sinensis
  • Hibiscus sabdariffa
  • Hibiscus syriacus
  • Bunga raya tiliaceus

Jenis bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan kita itu ialah bunga raya rosa-sinensis.

Pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya, bagaimana bunga raya ini boleh terpilih sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia? Justeru, di sini akan atok kongsikan sedikit tentang fakta dan sejarah bunga raya bunga kebangsaan negara Malaysia.

Sejarah bunga raya bunga kebangsaan dipilih

Kementerian Pertanian telah mengemukakan 7 jenis bunga untuk dijadikan sebagai calon bunga kebangsaan pada tahun 1958. Antara jenis bunga yang telah disenaraikan adalah bunga raya, bunga Teratai, bunga Mawar, bunga Melur, bunga Kenanga, bunga Cempaka dan juga bunga Tanjung.

Namun begitu, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan terhadap reaksi orang ramai dalam pemilihan bunga mana yang sesuai diangkat sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia. 

Justeru, setelah kajian dibuat, penduduk pantai timur lebih memilih bunga mawar dan manakala bagi penduduk pantai barat pula, mereka lebih memilih bunga melur.

Walau bagai manapun, setelah dikaji dan dinilai dari segi kriteria pemilihan, kerajaan telah memutuskan untuk memilih bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia.

Bunga raya merupakan bunga yang sudah terkenal di seluruh negara dari segi bentuk dan warnanya yang menarik.

Selain itu, bunga raya juga merupakan bunga yang sangat mudah didapati di seluruh negara dan juga ianya bukanlah menjadi bunga kebangsaan bagi mana-mana negara yang lain di dunia pada waktu itu.

Justeru, kerana itu bunga raya dipilih menjadi bunga kebangsaan bagi negara Malaysia.

Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya bunga kebangsaan pada 28 Julai tahun 1960 setelah melihat kriteria-kriteria pada pemilihan bunga kebangsaan.

Bunga raya kini menjadi salah satu identiti negara dengan rupa, nama dan bentuk bunga raya dijadikan simbol identiti seperti yang terdapat pada jata negara, lencana, logo, bendera, sulaman, setem, taman perumahan, bangunan, wang kertas dan sebagainya.

Tidak terkecuali juga, selain bunga raya menjadi logo bagi mempamerkan identiti negara. Bunga raya juga memiliki lima kelopak bunga dan ianya dikaitkan dengan lima prinsip rukun negara Malaysia yang telah diperkenalkan pada tahun 1970 iaitu:

Rukun Negara Malaysia

1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan.

Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan korang juga, bunga raya bunga kebangsaan negara Malaysia ini juga telah didaftarkan sebagai salah satu objek warisan negara di bawah kategori objek warisan ketara pada tahun 2007 sebagaimana yang telah termaktub di dalam akta warisan kebangsaan pada tahun 2005.

Bagi korang yang sering tertanya-tanya bagaimana bunga raya terpilih sebagai bunga kebangsaan bagi negara Malaysia, maka inilah sebabnya. Di atas telah dinyatakan serba sedikit tentang fakta dan sejarah mengenai bunga raya bunga kebangsaan negara Malaysia.

Bagi anak-anak muda yang belum mengetahui tentang bunga kebangsaan negara Malaysia, korang bolehlah rujuk perkongsian di atas mengenai bunga raya bunga kebangsaan ini.

Setelah korang mengetahui tentang fakta dan sejarah tentang bunga raya, maka selepas ini jika ditanya bunga apakah yang menjadi bunga kebangsaan bagi negara Malaysia atau kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Maka korang bolehlah kan.

Oleh itu, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sesetengah individu yang masih ragu-ragu dan tertanya-tanya tentang bunga kebangsaan negara Malaysia.

Rujukan Lain

Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2023 berdasarkan kategori yang dikongsikan ini sebagai rujukan..

Kepada para anggota tentera yang nak menyemak penyata gaji ATM atau memuat turun slip gaji ATM online, berikut dikongsikan butirannya..

Bencana datang tiba-tiba. Maka, penting untuk pekerja seperti korang mengetahui cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) masing-masing..

Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.

Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023. Jom kenali PM kita..

Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..

Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!