Bacaan Tekanan Darah Tinggi Mengikut Umur

Di Malaysia, masalah tekanan darah tinggi merupakan salah satu masalah kesihatan yang sangat sukar untuk dikawal. Ini kerap terjadi kepada semua golongan tidak kira sama ada golongan muda mahupun tua, lelaki mahupun wanita. Topik kita kali ni adalah mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat.

Bacaan Tekanan Darah Tinggi Mengikut Umur

Untuk pengetahuan, jika seseorang itu terkena masalah tekanan darah tinggi, maka ianya juga dikenali sebagai hipertensi. Hal ini kerana, darah mereka telah mengepam dengan terlalu kuat pada dinding arteri sehingga keadaan telah menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi.

Walau bagaimanapun, bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengetahui sama ada kita menghadapi tekanan darah tinggi atau tak adalah dengan mengetahui juga tekanan darah normal korang.

Bacaan tekanan darah normal yang baik mestilah diambil dalam keadaan duduk dengan bacaan tekanan darah haruslah lebih kurang 120/80. Bacaan nombor pertama pada tekanan darah (120) tu adalah tekanan darah sistolik iaitu seberapa banyak tekanan yang digunakan oleh jantung anda semasa berdegup.

Manakala bagi bacaan nombor yang kedua pula (80) adalah tekanan darah diastolik. Tekanan darah diastolik adalah seberapa banyak tekanan di arteri anda di antara degupan jantung.

Kalau korang nak tahu, bacaan tekanan darah ini adalah untuk semua golongan dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Namun begitu, bagi golongan kanak-kanak adalah berbeza di mana angka tekanan darah berdasarkan usia dan populasi.

Umumnya lebih rendah berbanding golongan dewasa. Untuk bacaan tekanan darah kanak-kanak tidak ditetapkan garis panduan standard.

Setelah korang mengetahui tentang tekanan darah normal, sekarang korang perlu tahu pula bacaan tekanan darah tinggi. Bacaan tekanan darah tinggi normal adalah berkisar dalam 130/80 sehingga 139/80.

Walau bagaimanapun, tekanan darah tinggi ini tidak akan dirawat tetapi ianya lebih kepada pemantauan dalam menurunkan kadar tekanan darah tinggi.

Selain itu, korang juga perlu tahu jika bacaan tekanan darah tinggi sudah mencapai tahap kedua iaitu dalam anggaran 160/100 ke atas. Ini bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya dan korang perlu berhati-hati, kemungkinan serangan jantung atau strok akan terjadi.

Untuk memudahkan kefahaman korang, lihat jadual di bawah:

Jadual Bacaan Tekanan Darah Tinggi

Kategori Tekanan Darah TinggiTekanan Darah Systolic (Angka bacaan di atas) mmHgTekanan Darah Diastolic (Angka bacaan di bawah) mmHg
Optima< 120< 80
Normal< 130< 85
High Normal130 – 13985 – 89
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1140 – 15990 – 99
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2160 – 179100 – 109
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3180110
Hipertensi Sistolik sahajaTekanan Darah Systolic (Angka bacaan di atas) mmHgTekanan Darah Diastolic (Angka bacaan di bawah) mmHg
Peringkat 1> 140 – 159< 90
Peringkat 2> 160< 90

Seterusnya, kita akan lihat pula bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur. Suka atok ingatkan, bahawasanya bacaan tekanan darah berbeza bagi setiap individu dan boleh berubah-ubah seiring bertambahnya umur.

Sila berbincang dengan doktor korang untuk memastikan bacaan tekanan darah yang sesuai bagi diri korang sendiri atau anak-anak dan untuk menerima rawatan yang sepatutnya jika perlu.

Bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur bagi bayi, kanak-kanak dan remaja

Bayi (1 hingga 12 bulan): Bacaan tekanan darah normal adalah antara 50-70 mmHg (sistolik) dan 30-50 mmHg (diastolik).

Kanak-kanak (1 hingga 5 tahun): Bacaan tekanan darah normal adalah antara 70-100 mmHg (sistolik) dan 40-70 mmHg (diastolik).

Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun): Bacaan tekanan darah normal adalah antara 70-110 mmHg (sistolik) dan 40-80 mmHg (diastolik).

Remaja (13 hingga 17 tahun): Bacaan tekanan darah normal adalah sama seperti orang dewasa muda.

Bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur bagi dewasa, veteren dan warga emas

Dewasa (usia 20-39 tahun): Bacaan tekanan darah normal adalah antara 90-119 mmHg (sistolik) dan 60-79 mmHg (diastolik).

Veteren (usia 40-59 tahun): Bacaan tekanan darah normal adalah antara 90-129 mmHg (sistolik) dan 60-84 mmHg (diastolik).

Warga emas (usia 60 tahun ke atas): Bacaan tekanan darah normal adalah antara 90-139 mmHg (sistolik) dan 60-89 mmHg (diastolik).

Ok.. Setelah melihat nombor-nombor yang begitu menakutkan dalam jadual bacaan tekanan darah tinggi di atas (yang ada Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 tu). Jadi, jom kita lihat pula cara menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat.

Kurangkan pengambilan garam (sodium) dalam makanan

Garam dapat meningkatkan retensi air dalam tubuh. Ini yang akan menyebabkan peningkatan volume darah dan kenaikan tekanan darah. Garam juga dapat mempengaruhi fungsi enzim yang bertanggungjawab untuk mengatur tekanan darah, lalu menyebabkan peningkatan tekanan darah dan risiko hipertensi.

Mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan akan membantu korang mengurangkan tekanan darah.

Selain dalam masakan di rumah, elakkan sama sekali mengambil makanan tinggi garam termasuklah:

  • Makanan ringan seperti snack, mi segera, sosej crackers, biskut;
  • Makanan bergoreng seperti kerepek, kekacang;
  • Daging proses seperti ham, bacon, daging salai;
  • Produk tenusu seperti keju dan mentega;
  • Aneka sos seperti sos tomato, sos cili, sos barbeku dan sambal.

Adalah penting untuk mengurangkan pengambilan makanan-makana tinggi garam ini dan memilih makanan sihat dan rendah garam untuk memelihara kesihatan dan mengurangkan risiko hipertensi.

Senaman

Aktiviti senaman bukan sahaja dilakukan untuk menyihatkan tubuh badan, tetapi ianya juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan cepat. Oleh itu bagi korang yang ada masalah tekanan darah tinggi, digalakkan untuk melakukan senaman ini sebagai cara untuk menurunkan bacaan tekanan darah tinggi.

Korang boleh jadikan aktiviti senaman ini sebagai rutin harian korang dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Bagi korang yang mungkin sibuk bekerja dan tiada masa untuk bersenam, korang tidak perlu risau kerana, jika tempat kerja korang mempunyai tangga atau sebagainya.

Korang boleh memanfaatkan pergerakan naik turun tangga tersebut sebagai salah satu cara senaman untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ini merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat.

Berat Badan

Penurunan berat badan juga merupakan salah satu punca yang korang perlu tahu dalam menurunkan tekanan tinggi dengan cepat. Anggaran penurunan berat badan yang boleh anda lakukan adalah sekitar 2kg hingga 3kg sebulan.

Selain tekanan darah tinggi dapat dikurangkan, penurunan berat badan juga dapat membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit berbahaya yang lain selain daripada masalah tekanan darah tinggi.

Bukan itu sahaja, korang yang ingin menurunkan berat badan harus mensasarkan jisim badan (BMI) korang di antara 18.5 hingga 24.9

Tidur yang mencukupi

Pola tidur yang baik atau mencukupi sememangnya sangat diperlukan dalam rutin harian kehidupan korang. Hal ini kerana, apabila pola tidur korang di atur dengan baik, secara tidak langsung ianya dapat menurunkan tekanan darah tinggi dengan cepat.

Umum mengetahui pengurangan waktu tidur boleh menyumbang kepada berlakunya tekanan darah tinggi terutama sekali bagi mereka yang pertengahan umur.

Oleh itu, korang harus pastikan yang waktu tidur korang baik dan cukup di mana tidur yang mencukupi pada waktu malam dan elakkan tidur terlalu lama pada waktu siang.

Demikianlah perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur serta beberapa tips mengenai cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat yang boleh korang amalkan dalam kehidupan.

Rujukan Lain

Bagi korang yang nak tahu senarai IKBN dan IKTBN serta kursus yang ditawarkan, ini senarai penuh IKBN dan IKTBN beserta kursus yang ditawarkan..

Tengah mencari soalan Pengetahuan Am Malaysia? Di sini dikongsikan beberapa contoh soalan Pengetahuan Am tentang Malaysia..

Bagi korang yg nak mohon SPA9, di sini atok terangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon). Moga bermanfaat ya..

Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2024 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..

Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Baca 3 petua melembutkan daging kambing ini..

Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Moga bermanfaat..

Jom baca apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Apa pula makanan pantang gout. Serta apakah cara kurangkan kesakitan gout..

Baca cara semakan penyata pinjaman PTPTN online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN..

Leave a Comment

error: Content is protected !!