Harga Tiket Wayang GSC 2024

Panggung wayang gambar disingkatkan menjadi Pawagam. Pawagam ini merupakan sebuah platfom yang memudahkan orang ramai menonton cerita yang ditayangkan oleh produksi filem. Hasil pembelian tiket tersebut bukti pembayaran kos tayangan filem. Terdapat pelbagai pilihan syarikat pawagam yang berada di Malaysia seperti Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas, TGV Cinemas dan banyak lagi mengikut lokasi kawasan korang. Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2024 berdasarkan kategori yang dikongsikan di bawah sebagai rujukan.

Harga Tiket Wayang GSC 2024

Pangung wayang merupakan salah satu tempat hiburan yang menarik perhatian masyarakat. Hal ini kerana, pangung merupakan tempat hiburan yang popular terutamanya di kalangan remaja kini.

Atok pun salah sorang yang tergolong berebut beli tiket kalau ada filem baru keluar. Pelbagai pilihan kategori pengalaman yang disediakan oleh syarikat pawagam untuk untuk menonton filem. Misalnya, dalam bentuk 2D, 3D, Private screen, 4DX, Big Screen dan Playplus.

Harga tiket wayang tu pun mengikut kategori yang korang pilih la, daripada harga mesra rakyat sehingga harga kayangan tau.

Tapi jangan risau, Atok beli tiket online je. Cepat dan pantas lagi tu. Korang semua tak perlu lagi beratur panjang untuk beli tiket wayang di kaunter. Bagi yang belum pernah beli tiket online, korang boleh baca perkongsian atok sebelum ini mengenai cara beli tiket wayang online.

Golden Screen Cinemas atau dikenali sebagai GSC salah satu pangung wayang yang terkenal dan terbesar di Malaysia tau. Dilengkapi dengan sistem suara Dolby Digital dan THX juga. Menarik kan? Jom kita usya harga tiket wayang GSC 2024 mengikut kategori.

Onyx (Standard Class 2D)

GSC merupakan antara syrikat pawagam yang pertama di Malaysia bermula 2018. Onyx menggunakan skrin LED iaitu resolusi 4K High Dynamic Range (HDR). TV LED yang bersaiz gergasi dan sangat berbaloi dengan harganya.

Untuk panggung wayang 2D mempunyai tempat duduk khas untuk single dan juga untuk berdua. Ha, yang berdua tu sesuailah untuk mereka yang ada pasangan. Sedikit privasi dengan harga yang berpatutan. Kadar harga untuk 2D di GSC biasanya bermula daripada RM9 untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU manakala RM23 untuk dewasa.

Harga tiket wayang GSC 2024 untuk wayang 3D (MAXX, IMAX, Big Screen)

Selain 2D GSC juga menawarkan pangung wayang yang selesa. Namun harga untuk kategori ini juga berlainan. Hal ini demikian kerana, IMAX ini mempunyai skrin yang luas. Skrin yang besar, keluasan kerusi yang luas yang mampu memberi kepuasan kepada penonton.

Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu RM17 untuk kategori kanak-kanak, warga emas dan OKU dan RM31 hingga RM38 bagi dewasa. IMAX dan 3D berada di lokasi tertentu sahaja seperti Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

4DX

4DX movie ini diperkenalkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang pertama di Klang Valley. Bermula 2D meningkat kepada 3D dan sekarang 4DX. 4DX bakal memberi pengalaman baru kepada penonton di GSC merasai aksi-aksi gegaran dan getaran dengan menggabungkan beberapa effect semasa menonton filem.

Terdapat 20 effect yang berbeza paling utama serta tempat duduk yang berteknologi tinggi. Mampu bergerak-gerak seolah-olah kita ni naik roller coaster. Beberapa effect lain seperti, tiupan angin, water splash, rain drop, thunderstorm, lightning, snow, bubble dan macam-macam lagi. Seakan-akan korang yang berlakon dalam filem tu. Harga bagi 4DX yang GSC tawarkan bermula RM20 hingga RM39.

Harga tiket wayang GSC 2024 untuk Playplus (Play+)

Golden Screen Cinema Play Plus merupakan tarikan yang agak baru diperkenalkan oleh Golden Screen Cinema (GSC). Ia adalah sejenis hamparan bilik wayang yang lebih mesra kanak-kanak. Kelebihan Play+ ni sangat menarik antaranya seperti seat yang lebih selesa, persekitaran yang selamat dan keadaan cahaya yang tidak terlalu gelap.

Selain itu juga, anak korang akan anggap GSC Play+ ini adalah sama seperti taman permainan. Untuk harga bagi Play+ juga bermula daripada RM9 hingga RM54. Anak-anak korang boleh merasai keseronokan apabila mereka mula bosan dengan cerita yang ditayangkan.

Kesimpulannya, harga tiket wayang GSC 2024 ini mempunyai harga yang berpatutan untuk semua rakyat di Malaysia. Golden Screen Cinema (GSC) juga mempunyai pelbagai pilihan kategori juga tau iaitu dewasa, kanak-kanak, OKU dan warga emas.

Dah lah mesra kanak-kanak, korang juga boleh bawa warga emas ataupun OKU untuk merasai pengalaman menonton wayang di pawagam. Namun, harga tiket wayang GSC 2024 berlainan bergantung kawasan.

Setiap kategori juga mempunyai harga yang berbeza. Bukan setakat boleh tengok filem je. Korang juga boleh beli makanan dan air tau. Tapi ingat kalau tengok cerita hantu jangan pula tersembur dekat jiran sebelah.

Sekian perkongsian GSC cinema ticket price malaysia. Moga ada manfaatnya..

Rujukan Lain

Korang dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri? Baca cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui ini.

Pemilihan nama bayi perempuan islam yang indah dan moden serta elok maknanya penting kerana inilah nama yang akan dipanggil di hari akhirat nanti..

Apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..

Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh buat dengan 3 cara. Di sini diterangkan tiga cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan..

Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya..

Baca cara semakan penyata pinjaman PTPTN online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN..

Dah cari contoh ucapan Hari Raya 2024 yang kreatif dan menarik untuk dihantar menerusi Whatsapp, Telegram, Emel, Insta, FB atau lain-lain saluran?

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Leave a Comment

error: Content is protected !!