Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Seperti yang korang maklum, MySalam direkabentuk untuk tempoh selama 5 tahun. Inisiatif ini akan diteruskan oleh kerajaan sehingga tarikh 31 Disember 2023. Berita baiknya ialah tuntutan untuk Elaun Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024. Dengan syarat, tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023).
Misalnya: Encik Q layak mendapat MySalam sejak 2019. Beliau disahkan menghidap penyakit kritikal (Kelumpuhan Anggota) pada 2021. Dengan mengandaikan bahawa beliau tidak pernah mengemukakan tuntutan kepada MySalam sebelum ini, Encik Q masih boleh mengemukakan tuntutan sehingga tarikh akhir iaitu pada 30 Jun 2024, dengan log masuk ke portal MySalam untuk memuat naik dokumen yg diperlukan.
Tuntutan yang dikemukakan selepas tarikh 30 Jun 2024 tidak akan diterima.
Cara membuat tuntutan mysalam untuk penyakit kritikal
Berikut adalah langkah yang perlu korang ambil bagi membuat tuntutan MySalam untuk penyakit kritikal:
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada korang melalui SMS (atau kata laluan terkini yang korang telah tetapkan).
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang‘ dan download borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor‘, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat korang untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan‘, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal‘.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik‘ untuk upload dokumen berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
1) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
2) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar‘ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Borang yang perlu dilengkapkan untuk tuntutan penyakit kritikal
Berikut adalah borang yang perlu dilengkapkan untuk membuat tuntutan penyakit kritikal (pilih mana yang sesuai):
- Borang CI-01 – Kanser
- Borang CI-02 – Keadaan Berkaitan Jantung
- Borang CI-03 – Otak, Saraf dan Otot
- Borang CI-04 – Mata, Telinga dan Pertuturan
- Borang CI-05 – Keadaan Berkaitan Hati
- Borang CI-06 – Keadaan Berkaitan Buah Pinggang
- Borang CI-07 – Keadaan Berkaitan HIV
- Borang CI-08 – Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal
- Borang CI-09 – Penyakit Terminal
Perhatian: Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat korang pada borang CI:
Nama pesakit (Penerima Skim MySalam), Nombor Kad Pengenalan Baru, Tandatangan dan Cop Rasmi oleh doktor yang merawat dan butiran penyakit yang berkaitan.
Cara tuntutan mysalam RM700
Ramai yg menyebutnya sebagai tuntutan MySalam RM700. Ia sebenarnya adalah tuntutan Elaun Hospitalisasi sebanyak RM50 sehingga 14 hari semasa warded. Layak dituntut sekali sahaja untuk setahun. Berikut adalah langkah yang perlu korang ambil bagi cara tuntutan MySalam RM700 untuk elaun hospitalisasi:
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada korang melalui SMS (atau kata laluan terkini yang korang telah tetapkan).
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan‘, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi‘.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik‘ untuk upload dokumen berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
1) Salinan Nota Discaj
2) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar‘ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Maklumat wajib ada dalam Nota Discaj
Tapi pastikan dalam Nota / Surat Discaj korang mengandungi maklumat wajib berikut:
- Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi
- Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi
- Tarikh Kemasukan Wad
- Tarikh Keluar Wad
- Diagnosis
- Tandatangan & Cop Pegawai Perubatan.
Berapa lama agaknya tuntutan korang diproses?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan Penyakit Kritikal dan elaun hospitalisasi ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat yg korang hantar tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan, cth: dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Korang akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan korang diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my
Cara tuntutan dibayar
Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada korang melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal www.mysalam.com.my. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima korang seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Berapa lama baru dibayar setelah tuntutan lulus?
Proses tuntutan diselesaikan dalam jangkamasa sepuluh (10) hari bekerja. Ia tertakluk kepada penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap atau tidak. Apabila tuntutan telah diluluskan untuk pembayaran, transaksi e-kredit akan selesai dalam jangkamasa 2 hingga 3 hari bekerja.
Sekiranya korang telah mengemukakan tuntutan dan 10 hari telah berlalu sejak tuntutan dikemukakan, korang kena log masuk ke portal MySalam bagi mendapatkan maklumat status tuntutan atau hubungi talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan.
Tuntutan elaun hospitalisasi korang tidak akan dilayan jika..
Korang dimasukkan ke hospital disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:
• Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
• Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan;
• Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap
• Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan.
Demikian perkongsian mengenai cara membuat tuntutan MySalam. Mudah-mudahan ia membantu korang yang sedang mengalami musibah dan perlukan bantuan. Walaupun tidak banyak, tapi RM8 000 (tuntutan penyakit kritikal) itu boleh membantu korang menarik sedikit nafas. Atau sekurang-kurangnya RM50 selama14 hari (tuntutan elaun hospitalisasi) semasa dirawat di hospital itu membantu korang membeli keperluan asas.
Rujukan Lain
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong..
Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat sempurna bagi wanita ni..
Korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak. Jom check saman online PDRM di sini..
Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca jika suami curang, apa tindakan isteri?
Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Tgh solat, dalam hati berkata ‘harap2 selipar aku tak diambil orang la hendaknya’. Jom baca cara untuk khusyuk dalam solat..
Perkongsian cara download slip gaji online melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..
Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Adakah Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?
Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..