Sebelum korang membaca lebih lanjut mengenai cara khusyuk dalam solat, mari kita lihat apakah maksud khusyuk yang perlu diketahui. Khusyuk dalam solat akan tercapai apabila fikiran, hati, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah ketika kita melaksanakan solat lima waktu. Hal ini demikian kerana, semasa solat seseorang itu akan berhubung dengan Allah secara langsung. Untuk itu, ianya penting dapatkan solat yang khusyuk. Oleh itu, cara untuk khusyuk dalam solat adalah seperti berikut..
Umum mengetahui bahawa solat lima waktu adalah salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat islam tidak kira tua mahupun muda, lelaki mahupun wanita. Bukan itu sahaja, solat juga merupakan tiang agama bagi semuat umat islam dan ianya panduan kepada korang untuk menuju ke jalan yang benar yang di redhai oleh Allah SWT.
Oleh itu solat ini sangat wajib di laksanakan. Namun begitu, kebanyakkan umat islam berjaya melaksanakan perintah Allah SWT iaitu menunaikan solat lima waktu, namun adakah solat yang dilakukan adalah solat yang khusyuk tanpa sebarang gangguan.
Untuk pengetahuan korang, selain solat itu wajib dilaksanakan, khusyuk dalam solat juga perlu ada dalam diri seseorang individu supaya solatnya diterima oleh Allah SWT. Namun begitu, tidak semua umat islam berjaya mendapatkan khusyuk dalam solat seperti yang diharapkan. Oleh itu, di bawah ini akan dinyatakan serba sedikit tentang cara untuk khusyuk dalam solat yang boleh di amalkan oleh semua umat islam.
Mengerti atau faham
Perkara yang penting dalam mendapatkan solat yang khusyuk adalah dengan memahami setiap makna bacaan. Setiap kali bacaan kita dalam solat hendaklah kita fahami makna bacaannya. Hal ini demkian kerana, apabila kita memahami setiap makna bacaan dalam solat tersebut nescaya solat yang kita dirikan akan menjadi lebih khusyuk.
Sebagai contoh apabila mengucapkan takbiratulihram dan kemudiannya membaca surah al-Fatihah, korang perlu mengetahui makna setiap kalimah yang di ucapkan satu persatu itu. Justeru apabila korang lebih mengerti dan faham, ianya lebih memudahkan korang untuk khusyuk.
Namun begitu, dengan hanya mengetahui bacaan dalam solat sahaja tidak memadai kerana terdapat juga aspek lain yang boleh membantu korang untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
Fokus
Selain belajar yang memerlukan korang untuk fokus dalam pelajaran, solat juga tidak terkecuali untuk korang fokus bagi mendapatkan solat yang khusyuk. Apa yang perlu korang lakukan adalah korang harus mencuba untuk menghindarkan gangguan-gangguan tidak berfaedah yang boleh mengganggu tumpuan, fikiran dan perbuatan dalam solat.
Bukan itu sahaja, jika dalam solat kita dapat memahami makna setiap kalimah yang dibaca tetapi tiada fokus yang diberikan di dalam solat tetap tiada gunanya.
Solat dengan tenang
Solat dengan tenang ini juga sama dengan fokus di mana, untuk mendapatkan khusyuk dalam solat seseorang individu itu perlu sentiasa dalam keadaan bertenang. Apabila korang bertenang maka solat pun akan menjadi santai, rileks dan korang tidak akan dihambat rasa tergesa-gesa.
Untuk mendapatkan ketenangan dalam solat ini cukup mudah iaitu sebelum korang memulakan solat, pastikan korang menyelesaikan segala keperluan diri seperti membuang air besar atau air kecil sebelum solat untuk mengelakkan korang tergesa-gesa untuk mengakhiri solat jika kejadian itu berlaku ketika korang sedang menunaikan solat.
Ingat tentang kematian
Dengar perkataan kematian sahaja sudah cukup membuatkan umat islam sedar akan mati itu pasti. Namun sedarkah umat islam jika solat itu juga adalah salah satu amalan dan bekalan yang akan kita bawa ketika kita menghadap Ilahi.
Justeru, setiap kali melakukan solat, umat islam harus sentiasa ingat bahawa ini mungkin akan menjadi yang solat terakhir dalam hidup dan korang perlu khusyuk supaya solat korang diterima oleh Allah SWT. Oleh itu, ingatan tentang kematian juga merupakan salah satu cara untuk khusyuk dalam solat.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara khusyuk dalam solat yang boleh korang amalkan dalam kehidupan seharian. Sebahagian kecil telah dinyatakan di atas. Cubalah korang ikuti dan amalkan. Oleh itu diharapkan semoga seluruh umat islam, mulai detik ini dapat melaksanakan solat dengan khusyuk. Aaminn..
Rujukan Lain
Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..
Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong..
Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat wanita yang betul ni..
Adakah korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak? Jom tengok cara semakan saman polis di sini..
Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca jika suami curang, apa tindakan isteri?
Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..
Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..