Ujian Fizikal Pegawai Penjara KA19

Korang dipanggil ke ujian fizikal Pegawai Penjara KA19 pada 20 Februari 2023 – 26 Februari 2023 ini? Korang tahukan, penempatan kali ini adalah untuk Jabatan Penjara Malaysia? Dah sedia? Apa benda kena prepare untuk ujian fizikal Pegawai Penjara ni sebenarnya?Jom.. Hayati bebelan atok kali ni. Haha..

Ujian fizikal Pegawai Penjara KA19

Nota: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian fizikal Pegawai Penjara KA19 ini dengan jayanya, cabaran terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Pegawai Penjara KA19 utk ambilan di Jabatan Penjara Malaysia yg dijadualkan dalam masa terdekat ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh anda baca di soalan temuduga Pegawai Penjara KA19 ini.

Kepada korang yg dapat panggilan PSEE Pegawai Penjara KA19 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk peperiksaan online boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pegawai Penjara KA19.

Penjadualan Ujian Fizikal Pegawai Penjara KA19

  • Pegawai Penjara Gred KA19
    (Jabatan Penjara Malaysia)
    (Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK))
    [Tarikh Peperiksaan : 20 Februari 2023 – 26 Februari 2023]

Ujian Fizikal ni hape?

Nama penuh ujian fizikal ni ialah Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan. Singkatannya pula ialah UFPK. Ujian pemeriksaan fizikal dan pancaindera berperanan menentusahkan bahawa korang memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal yang telah ditetapkan dan memiliki kebolehan pancaindera yang diisyaratkan serta mempunyai tahap kecergasan yang diperlukan untuk menjadi seorang Pegawai Penjara KA19.

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal calon-calon Pegawai Penjara KA19 akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi :

1) Tinggi korang hendaklah mencapai 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita. Minta maaf cakap, kalau tinggi korang tak sampai. Jangan buang masa pegi ujian fizikal Pegawai Penjara KA19 ni. Konfem korang kena reject. Daripada korang sedih dan hampa. Elok jangan datang. Baik mohon kerja lain..

2) Sekurang-kurangnya berat 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau korang agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani ujian fizikal ni. Kalau gemuk, kena diet dulu.

3) Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (ini lelaki sahaja yang diuji).

4) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Kalau tinggi korang dan berat badan korang dalam lingkungan di atas, biasanya tiada masalah. Boleh lepas ujian BMI ni punya.

Ujian Vision Acquity dan pendengaran

Ujian fizikal Pegawai Penjara KA19 yg seterusnya ialah pemeriksaan pancaindera calon. Korang hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. Juga, pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian Pemeriksaan Tubuh

Korang akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan korang juga akan disemak. Sama ada korang pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak pun akan disiasat.

Ujian kawad

Ujian fizikal (UFPK) Pegawai Penjara KA19 yang ini paling getir. Sini la tempatnya dimana ramai yang kantoi. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian ini. Korang akan diarah berdiri tegak dan di suruh angkat tangan. Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.

Stage yang ni memang tak boleh bawa bincang. Ntah la kenapa. Asal bengkok sikit siku, habis. Asal lutut tak rapat, habis. Asal celah jari jemari banyak lobang, pun habis. Korang akan disuruh balik kampung dan tanam jagung!

Ujian kecergasan

Bila dah lepas yang atas tu. Memang alhamdulillah la kan. Tapi ni pun satu lagi.

Ini ujian kedua paling getir.

Kenapa?

Setelah lepas semua ujian di atas, korang akan diuji tahap kecergasan pula. Bagi memastikan korang mempunyai fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangun tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.

Nota : Jenis ujian kecergasan ni tak tetap ya. Ikut jabatan yang buat ujian fizikal tu. Contohnya, ujian fizikal untuk polis sedikit berbeza daripada ujian fizikal Pegawai Penjara KA19.

Tips tambahan Ujian Fizikal Pegawai Penjara KA19

A) Pada hari ujian fizikal tu, korang hendaklah lengkap berpakaian sukan.

B) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) Pegawai Penjara KA19.

C) Korang mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pemeriksa. Jangan tunjuk degil. Suruh berdiri, berdiri. Suruh duduk, duduk. Jangan cari pasal. Mentah-mentah nanti pegawai penguji suruh balik.

D) Korang hendaklah berada di pusat UFPK Pegawai Penjara KA19 lima belas (15) minit lebih awal daripada masa ujian fizikal bermula.

E) Seminggu sebelum ujian fizikal, korang hendaklah tidur dan rehat dengan secukupnya. Jangan pengsan waktu ujian kecergasan gais! Memang naya Pak Karim..

F) Atok tahu, korang nak buat badan sebelum ujian fizikal. Tapi buatlah latihan dengan cara yang betul dan berperingkat. Jangan sampai cedera. Takut tak sempat sembuh sampai waktu ujian fizikal tiba.

G) Makan dengan kada yang betul dan minum air secukupnya. Pastikan diri korang dalam keadaan yang paling tip top semasa ujian fizikal Pegawai Penjara KA19 itu berlangsung.

H) Satu lagi, ni last. Kuda-kuda kasi mantap geng. Kisah benar. Semasa ujian fizikal, jangan pelik atau terkejut jika tiba-tiba ada pegawai penguji datang tolak korang dari belakang. Kadang-kadang mereka langgar korang dari tepi. Jangan sampai jatuh geng. Itu ujian sampingan. Boleh dapat markah tambahan kalau korang tak jatuh.

Sekianlah

Ok, sekian sahaja bebelan atok kali ini dan disudahi dengan ucapan selamat menempuh onak dan ranjau ujian fizikal Pegawai Penjara KA19. Atok doakan korang yang baca post ni beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!