Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 (Calon Semenanjung) untuk ambilan di Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya yang boleh dijadikan latihan kepada calon ujian pada 8 Disember 2023 ini. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi set soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan Gred B19 / B29 / B41 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41

Nota: Sebelum itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan baik, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Pegawai Kebudayaan B29 utk ambilan di Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia yg dijadualkan pada 07 Februari 2023 – 14 Februari 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 ini.

Apart from that, calon-calon yg terlibat turut digalakkan mendapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik SPA pada kali ini.

” Ada yg lulus KPSL dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “

Husnah

” Hapuskan pada yang belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

Tasha

Itu adalah antara nukilan rasa yang dilontarkan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dalam hati korang ada nukilan rasa yg sama, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Kekosongan Jawatan Pegawai Kebudayaan B19 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 17 Julai 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Kebudayaan B19 di Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (Semenanjung) adalah sebanyak 2 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 20 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B19 DI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (SEMENANJUNG)

TARIKH UJIAN : 8 DISEMBER 2023

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-pegawai-kebudayaan-b19-b29-b41

Atau

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Menurut Wikipedia;

” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “

Bidang psikometrik adalah berkenaan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat kepribadian, dan pencapaian pendidikan.

Konsep asas dalam teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan.

Alat ukur yang mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

Nowadays, ujian psikometrik telah dijadikan amalan secara meluas di institusi-institusi luar dan dalam sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan / government service system.

Ujian psikometrik SPA

Apakah Ujian Psikometrik SPA?

  • Dalam konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.
  • Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
  • Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat‘.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada eleman ‘tekanan’. Di mana calon ditekan dengan himpitan masa (yang amat pendek).

If I’m not mistaken, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.

Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih mendalam) set item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yang macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :

A) DUA (2) aneka pilihan jawapan.

(Ya, Tidak) atau (Betul, Salah) atau (Wajar, Tidak Wajar)

B) TIGA (3) aneka pilihan jawapan.

(Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti) atau (Ya, Tidak, Tidak Pasti)

C) EMPAT (4) aneka pilihan jawapan.

(Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang) atau (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)

D) LIMA (5) aneka pilihan jawapan.

(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) atau (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)

Selain soalan jenis psikologi, dengan pilihan jawapan di atas. Ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa numeric? Korang yang belum tahu, baca Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.

(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang di bawah).

Cara Jawab Ujian Psikometrik SPA

Ada calon yg beranggapan soalan psikometrik seolah-olah tidak masuk akal dan dibuat secara semborono sahaja. No!

Soalan ujian psikometrik ini telah digubal dengan teliti oleh pakar psikologi yang telah dilantik oleh kerajaan. Ia dirangka untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’.

Dah kenapa dengan ‘lalang’ pulak?

Sebab pokok lalang ni, dia cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak tetap.

Yang paling teruk dengan ‘lalang’ ni tau apa dia? Jangan kata angin yg kencang. Sedangkan angin yg sepoi-sepoi bahasa pun sudah cukup untuk mengubah arah kecondongan pokok ni.

Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain‘.

Saya merasakan tidak perlu terlalu mengikut pandangan orang lain.

Pernyataan 1

Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya betul, biar orang lain mengatakan sebaliknya, kerana saya mempunyai asas yang kukug terhadap apa yang saya buat.

Pernyataan 2

Apabila orang lain memberikan idea, saya akan utamakan idea sendiri.

Pernyataan 3

Hasil mesyuarat awal tahun kurang berkualiti daripada cerakinan data sendiri.

Pernyataan 4

Kesemua pernyataan di atas mewakili nilai ‘nilai negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.

That’s why la, jawapan korang harus sama aka konsisten untuk semua 4 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘diuli’ dan ‘digaul rata’ di antara 80 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?

Tanpa bantuan nota-nota yg betul dan latih tubi yang mencukupi, usaha ini ibarat ‘cari jarum dalam jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.

(Ini cuma ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Tips Lulus Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41

Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :

  1. Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah diterangkan di atas
  2. Jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item soalan.

Poin no 2 tu seolah tindakan bijak. Tapi di situlah perangkapnya terletak!

Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun cukup rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

25 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41

1) Pepatah ‘yang lama dikelek, yang baharu didukung’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

2) Saya tidak peduli jika kawan saya tidak berjaya.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

3) Saya mengemas katil dan tempat tidur sebelum keluar.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4) Saya akan sedaya-upaya membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang pendengki.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Apabila ruang dan peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih tidak perlu terlalu berusaha gigih lagi.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

7) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, agak membimbangkan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

8) Dalam kerja secara berpasukan di universiti, saya tidak suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

9) Saya tidak meminta bantuan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab penjagaan alam sekitar.

A. Ya
B. Tidak

11) Saya mesti membalas semula pertolongan sahabat saya apabila dia membantu saya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

12) Saya tidak cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13) Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14) Saya mudah rasa tersinggung.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15) Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam bidang akademik, saya sebagai kawan baik sanggup membimbingnya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

16) Sekiranya saya melihat rakan saya memperoleh pencapaian yang lebih baik, saya akan berusaha mencontohinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

17) Saya mendapat nilaian prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat nilaian prestasi cemerlang. Saya sedih kerana saya yang sepatutnya mendapat prestasi cemerlang.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

18) Saya sering rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

19) Jika orang itu tidak menghormati saya, saya pun tidak akan menghormati orang tersebut.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

20) Saya selalu bimbang atas kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan pada masa lalu.

A. Betul
B. Salah

21) Saya suka bergantung kepada orang lain, di samping suka menyesuaikan diri sendiri.

A. Betul
B. Salah

22) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil bantuan orang lain.

A. Betul
B. Salah

23) Saya amat sukar mesra dengan orang yang baru sahaja dikenali.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

24) Jika saya merendah diri, orang akan memandang rendah.

A. YA
B. Tidak

25) Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti dalam semua hal.

A. YA
B. Tidak

11. Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

A. YA
B. Tidak

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 untuk kali ini. Cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Kalau perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yang dilengkapi dengan skema jawapan padu). Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai kebudayaan B19 / B29 / B41

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu juga,

Korang boleh baca penjelasan lebih komprehensif mengenai ujian psikometrik SPA ini. Termasuk sejarah dan jenis-jenis psychometrics test yg lain.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai kebudayaan B19 / B29 / B41

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 200 contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Atok tahu da gtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang tepat!

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan psikometrik ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni.

Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang untuk lulus psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 terbaik yang wujud di pasaran saat ini.

Tapi mahal sangat la tok rujukan psikometrik ni..

Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Tapi, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).

Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni tok?

Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 9 hari tunggu masih tak sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 yang akan korang hadapi pada kali ini.

However, ingat tau. Koleksi contoh soalan psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41 yang atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Penutup

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke PSEE ujian psikometrik SPA jawatan penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA kali ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.

Aweks comel yang bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut cari rujukan PSEE ujian psikometrik SPA kan? Klu korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.

PSEE ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan (boleh dikatakan) wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA8i. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg juga jarang2 tidak dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah pembantu operasi. X perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni dalam SPA8i, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permintaan untuk jawatan pembantu awam di jabatan-jabatan kerajaan nampaknya stabil pada setiap tahun. Boleh dikatakan tiap tahun akan ada pengambilan. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 ini untuk persiapan awal.

Pegawai imigresen KP19 adalh jawatan yg menjadi tulang belakang kpd Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yg duk duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.

Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan merupakan antara jawatan dalam kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai pemohon. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.

Korang dah sedia utk duduk PSEE ujian psikometrik pembantu hidupan liar? Jawatan ni best untuk mereka yg sukakan nature. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G19.

Kepada yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA untuk jawatan penolong arkitek landskap, inilah individu yg memastikan keindahan pemandangan di kota-kota kita. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik bagi pembantu tadbir (p/o) akan ada saja saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 ni.

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan pembantu tadbir kewangan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.

Last but not least. Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik kepada calon pembantu pendaftaran utk ditempatkan di JPN. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19.

Ini baru penutup

OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada sembilan lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan korang membuat rujukan.

Soalan Psikometrik Juruaudio Visual N19
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Soalan psikometrik Juru X-Ray U29
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
Soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11
Soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

22 thoughts on “Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kebudayaan B19 / B29 / B41”

  1. Saya exam psikometric pd 31//2020.tak tau apa ni.pegawai kebudayaan kementerian perlancongan seni & budaya malaysia.atok jwatan ni apa qualification nya?saya diploma shaja.tqvm for ur opinions and advise.

    Reply
    • Salam firdaus,
      Atok dah menerima soalan sama spt ini beberapa kali.

      Klu ikut SPA, jawatan ni ialah utk mereka yg memiliki degree. Jadi, pada pendapat atok better firdaus jgn duduk ujian ni dulu. Tunggu panggilan ujian lain.

      Knp? Even lulus, nanti bila dipanggil temuduga, dorang akan minta bawa degree bersama juga.

      Reply
    • Sy stkat stpm je Tpi dapat yg gred 41 jdi mcm plik ? Xslah mencuba kan ? Dan stu lagi ujian ni ade Bahagian die ke ? Mcm ni pegawai kebudayaan ( kementerian pelancongan seni Dan budaya malaysia ? So die akan tya berkenaan budaya ke ape ni. Ke menyeluruh

      Reply
  2. assalammualaikum atok, saya akan menduduki exam psikometrik pegawai kebudayaan dan seni B41 pada 28 jan 2020 ni, tetapi kelayakan saya hanyalah pmr. Saya tidak perlu menduduki exam tersebutlah kan?

    Reply
  3. Assalammualaikum saya sue ,nak tanya saya hanya lulusan stpm tetapi skrg sya tengah blajar ambik degree adakah saya blh cuba tuk ujian ini?

    Reply
  4. Assalamualaikum atok, sy akn menduduki soalan psikometrik pada 28hb Jan. Doakan sy ya atok? Sy harap sy dpt balas jasa ibu dan ayah sy. Sy nak ajukan soalan, ujian Psikometrik ini ada bahagian matematik & BI ke? Dan andai kata calon lulus ujian ini, apa ujian peringkat seterusnya atok? Terima kasih atok.

    Reply
    • Wkslm Al Irfan.

      Atok doakan moga lepas psikometrik pegawai kebudayaan ni. Aaamin..

      Ujian psikometrik tiada daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris.
      Cuma ada soalan jenis psikologi dan matematik (jenis soalan ni dia bergantung pada kehendak SPA), Yg mana atok pon tak tahu secara jelas bagaimana mereka menentukan jenis soalan yg akan diajukan utk setiap jawatan. Lepas lulus, ada sesetengah jawatan terus temuduga, ada jawatan kena duduk exam lain pula. Atok bkn org SPA jadi atok pon kurang jelas hal ni. Maafkan atok ya..

      Reply
  5. Salam atok.. Saya dpt exam untk 31hb..pegawai kebudayaan.. Saya dah bli ujian psikometrik.. Tpi format macm lain je.. Sama tauke ke org lain2? Huhu

    Reply
    • Wkslm. Klu ikut SOP ialah 25 hari bekerja daripada tarikh peperiksaan/ujian. Apa pun, kena rajin tgk FB rasmi SPA la. Biasa update akan dikeluarkan di sana.

      Reply
  6. Salam atok, nak tanya sy study DIPLOMA saje tp kod bidang lain ..bukan kebudayaan.
    stage pertama psikometrik dah lulus. stage ke 2 plk ujian bakat..
    adakah sy perlu untuk hadir / sekiranya tidak hadir ke ujian tersebut adakah saya akan disenarai hitam dari SPA?

    Terima kasih.

    Reply
    • Wkslm Syha,

      Mengenai kod bidang. Tiada masalah wlupun lain.

      Mengenai panggilan ke ujian bakat selepas lulus psikometrik. Atok cadangkan Syha hadir. Bukan senang dipanggil ke sesi ujian bakat. Cube je. Mana tahu rezeki Syha di situ.

      Kalau tak hadir? Tidak disenarai hitam.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!