Hidangan yang simple tetapi menyelerakan sering menjadi pilihan kebanyakan pelanggan yang datang ke mana-mana kedai makan yang ada. Jika dilihat, antara makanan yang sering menjadi pilihan para pelanggan jika mereka singgah untuk makan adalah Nasi Ayam Penyet. Hidangan nasi ayam penyet adalah satu set nasi dan lauk yang sangat simple tetapi menyelerakan. Dalam hidangan nasi ayam penyet terdapat nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman bersama ayam goreng berserta sambal yang sangat sedap. Jom kali ni kita tengok cara buat resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila.
Namun begitu, korang juga sebenarnya boleh mencuba membuat resepi ayam penyet bersama sambalnya di rumah sahaja.
Justeru, bagi yang ingin mencuba resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila, maka di sini akan di kongsikan serba sedikit tentang resepinya. Oleh itu, berikut merupakan resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila.
Haa!!! Mesti korang tak sabar nak mencuba kan.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila.
Bahan-bahan untuk resipi ayam penyet:
- 1 ekor ayam bersaiz kecil
- 4 biji bawang merah dikisar
- Sedikit halia dikisar
- Sedikit lengkuas dikisar
- 1-2 batang serai diketuk
- Air secukupnya
- Minyak
Kemudian, untuk memasak ayam goreng, korang memerlukan bahan-bahan salutan tepung untuk memastikan ayam goreng penyet tu rangup.
Bahan-bahan salutan tepung:
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh jintan manis di tumbuk
- 1 sudu teh jintan putih di tumbuk
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu the serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Kiub pati ayam
- Sedikit lada hitam
- Air secukupnya.
Cara masak:
1. Bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan kunyit dikisarkan terlebih dahulu.
2. Minyak dipanaskan kemudian tumis semua bahan tersebut bersama serai dan daun salam.
3. Sudah naik bau, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar ayam masak sepenuhnya dan kemudian toskan air hingga kering.
5. Campurkan semua bancuhan tepung dan kacau sebati.
6. Tuang air dan kacau bancuhan sehingga pekat.
7. Ambil ayam yang telah ditoskan dan kemudian celup dalam bancuhan dan gorengkan.
8. Sudah siap masak, angkat dan lenyek ayam tesebut. Celupkan juga tauhu dan tempe dalam bancuhan tersebut dan gorengkan.
9. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih, tempe, tauhu, kubis, kacang panjang serta sambal ayam penyet yang sedap.
Ok, selesai untuk resepi ayam penyet, kita teruskan pula dengan resepi sambal ayam penyet yang sedap gila. Dengan adanya sambal ayam penyet, maka resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila kita pun menjadi lengkap.
Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
- Bawang merah
- Cili padi
- Cili merah
- Ikan bilis
- Belacan bakar
- Tomato
- Gula dan garam,
- Jus limau nipis
- Sedikit gula melaka
Cara memasaknya:
1. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Goreng bawang merah hingga layu
3. Kemudian masukkan cili padi dan cili merah yang dipotong dua. Masukkan juga tomato yang di potong empat. Masak sampai tomato layu dan angkat setelah selesai.
4. Masukkan bahan yang digoreng dan juga belacan ke dalam blender. Tuang minyak gorengan tadi dan kemudian kisar sekejap atau kisar kasar.
5. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga gula melaka dan masak hingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama ayam penyet dan nasi putih yang panas.
Mana sedap gilanya tu? Rahsianya terletak pada penggunaan gula melaka. Tidak semua sanggup ke hulu hilir cari gula melaka. Jadi, ramai yg masak sambal dengan bahan apa adanya saja.
Tanpa gula melaka pun jadi, cuma tak gila la. Hehe..
So, hari ni sis nak masak resepi ayam buttermilk kan? Ok, jom baca resepi ayam buttermilk lemak berkrim yang disukai ramai ni..
Bagi korang yang ingin mencuba untuk membuat nasi ayam penyet dan sambalnya, di atas ini merupakan resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila yang boleh korang cuba di rumah.
Namun begitu bagi kuantiti bahan yang digunakan, ianya bergantung kepada seberapa banyak yang korang ingin masak, dimana semakin ramai yang ingin makan maka semakin banyak kuantiti bahan yang akan digunakan.