Resepi Ayam Buttermilk Lemak Berkrim Disukai Ramai

Sis tengah fikir nak masak apa? Apakah masakan yang sangat digemari anak-anak? Ayam buttermilk adalah antara menu atau hidangan yang sentiasa mendapat tempat di hati kanak-kanak. Hidangan ayam buttermilk ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetap juga golongan dewasa. So, hari ni sis nak masak resepi ayam buttermilk kan? Ok, jom baca resepi ayam buttermilk lemak berkrim yang disukai ramai ni..

Resepi Ayam Buttermilk Lemak Berkrim Disukai Ramai

Para pembaca bolehlah sediakan pen dan kertas untuk menulis resepi ayam buttermilk lemak berkrim ini. Kalau rajin la. Ada orang memang suka tulis resepi. Ada pula, lebih senang tgk hp jer..

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara memasak resepi ayam buttermilk lemak berkrim.

Bahan-bahan resepi ayam buttermilk

  • Minyak masak
  • Ayam yang di potong kecil
  • Daun kari
  • Susu cair
  • Butter
  • Cili padi
  • Tepung jagung
  • Bawang putih
  • Garam
  • Gula

Cara membuat ayam buttermilk lemak berkrim disukai ramai..

1. Salutkan ayam yang telah dipotong kecil tersebut dengan tepung. Tepung apa? Sebaiknya tepung jagung. Kalau takda? Tepung apa yang ada kat rumah korang tu boleh pakai. InsyaAllah jadi..

2. Kemudian panaskan kuali dan masukkan minyak masak.

3. Setelah minyak panas, masukkan ayam yang telah disalut dengan tepung tadi.

4. Pastikan ayam dimasak dengan garing.

5. Kemudian toskan ayam yang telah digoreng tadi sehingga kering.

6. Kemudian setelah selesai menggoreng ayam, korang boleh mulakan dengan memasak kuah buttermilk.

7. Masukkan butter mengikut kuantiti yang diinginkan ke dalam kuali yang panas.

8. Kemudian masukkan bawang putih yang telah dihiris halus ke dalam kuali.

9. Kemudian masukkan pula cili padi ke dalam kuali yang tersedia butter dan bawang putih hiris tadi.

10. Tidak dilupakan juga untuk memasukkan beberapa helai daun kari ke dalam kuali untuk menambahkan bau wangi dalam masakan.

11. Kacau dengan secukupnya. Kemudian masukkan pula susu cair ke dalam kuali tadi. Masukan garam secukup rasa. Gula kalau perlu. Adjust ikut citarasa sendiri.

12. Pastikan kesemua bahan di kacau sehingga sebati.

13. Kemudian setelah kesemua bahan yang ada di dalam kuali tersebut sebati, maka korang boleh masukkan ayam goreng tadi.

14. Kacau ayam goreng yang telah disalut dengan kuah buttermilk tadi sehingga sebati.

15. Pastikan ayam goreng tersebut disalut dengan sempurna bersama dengan kuah buttermilk tersebut supaya rasanya lebih berkrim lagi.

16. Setelah selesai, korang bolehlah mengangkat ayam buttermilk tersebut ke dalam pinggan. Kemudian, makanan tersebut boleh di hidang di atas meja.

Haa!! macam mana semua? Senangkan masak resepi ayam buttermilk ini..

Bagi korang yang baru belajar memasak ayam buttermilk ini, korang boleh menggunakan resepi di atas ini untuk mencubanya. Resepi ayam buttermilk lemak berkrim yang dikongsikan di atas ini sangat mudah untuk diikuti dan dan senang dipelajari oleh mereka yang teringin memasak ayam buttermilk ini.

Bagi korang yang ingin mencuba resepi ayam penyet & sambal yang sedap gila, maka di sini akan di kongsikan serba sedikit tentang resepinya..

Jadi, bagi ibu-ibu bolehlah mencuba resepi ayam buttermilk ini untuk dihidangkan kepada anak-anak di rumah.

Cuba jangan tak cuba!

Resepi ayam buttermilk lemak berkrim yang disukai ramai ini sangat mudah dibuat. Bahan-bahan yang digunakan sangat senang didapati dan waktu memasak juga tidak memakan masa yang panjang.

Selain resepi ayam buttermilk lemak berkrim ini, korang juga boleh mencuba untuk resepi ayam buttermilk creamy spicy di mana untuk masakan tersebut ianya akan terasa sedikit pedas. Selain itu, untuk pengetahuan korang juga, selain menggunakan ayam untuk membuat masakkan buttermilk ini, korang juga boleh menggunakan protein yang lain sebagai contoh udang dan sotong.

Oleh itu, bagi korang yang tak makan ayam sangat, korang bolehlah menggantikan ayam dengan sotong atau udang. Diharapkan, resepi yang dikongsikan ini dapat membantu golongan suri dan juga penggemar ayam buttermilk untuk mencubanya di rumah.

Leave a Comment

error: Content is protected !!