Pantun Sentap Untuk Kawan (Boleh Pedih Ulu Hati)

Hai semua, kita kembali semula dengan koleksi pantun-pantun yang pelbagai variasi, tema dan unsur yang menarik. Untuk kali ini, kita akan tengok pantun untuk kawan-kawan. Namun begitu, pantun tentang kawan kali ini agak sensitif berbanding pantun tentang kawan yang lain di mana pantun kawan kali ini adalah variasi 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati).

Pantun Sentap Untuk Kawan (Boleh Pedih Ulu Hati)

Jika sebelum ini pantun tentang kawan lebih kepada memberi kata-kata semangat mahupun pantun tentang kesetiaan bersama kawan, namun kali ini pantun tentang kawan adalah berkaitan tentang perasaan kawan yang tersakiti atau disakiti.

Nak balas direct, kang jadi gaduh pula. Jadi kalau nak balas tu, biarlah dengan cara lebih halus. Cuba beri pantun sentap untuk kawan ni pada sahabat-sahabat korang yang payah nak tegur tu.

Jadi, terimalah variasi 27 pantun sentap untuk kawan yang boleh korang gunakan untuk menegur secara tak langsung kawan korang yang suka menyakitkan hati tu.

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi pantun sentap untuk kawan ni, korang layan pula lain-lain koleksi pantun best ni. Pantun kelakar ada, pantun cinta pun ada..

Koleksi 27 Pantun Sentap

Berikut merupakan 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati)..

Apa guna melompat pagar,
Bila kaki awak tersangkut,
Apa guna bercakap besar,
Bila janji tidak diikut.

Hujung batu jauh di kota,
Ke Bohor Temak membeli kopi,
Benda tak tantu jangan dikata,
Benda tak gamak selalu jadi.

Biarlah orang mereneh pengat,
Pengat itu banyak ubinya,
Biarlah orang mengejar pangkat,
Pangkat itu banyak buruknya.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Apa diharap kepada lokan,
Habis isi kulit dibuang;
Apa diharap kepada tuan,
Muka buruk budi pun kurang.

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa;
Apa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Kurang manis rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Kurang manis hati budinya.

Pulang sekolah singgah makan,
Lepas makan membeli kentang,
Jika benar aku ni kawan,
Kenapa sering tikam belakang?

Makan malam lauk laksa,
Di hidang dengan salad yang basah,
Nak pinjam duit sampai memaksa,
Bila nak bayar punyalah susah.

Hendak menjahit kain cindai,
Kain disangkut atas serambi,
Berkawan hanya untuk di lukai,
Lain di mulut lain di hati.

Katanya hendak pergi ke tanjung,
Jangan dilalu bersilang-silang,
Katanya kawan susah dan senang ,
Bila diperlu semua menghilang.

Walau pergi memancing ikan,
Topi kering sidai di dahan,
Walau berkali sudah ku maafkan,
Tapi sering ulangi kesilapan.

Belon-belon terbang menaik,
Terbang menaik tinggi di awan,
Depan-depan nampak baik,
Tapi belakang kawan makan kawan.

Botol air berbentuk bujur,
Di letak jauh hindari lumut,
Ku sangkakan kau kawan yang jujur,
Rupanya musuh dalam selimut.

Cuka di tuang di dalam cawan,
Cawan pecah jari terluka,
Lebih baik aku hilang kawan,
Daripada hati sering terluka.

Paku di ketuk di atas papan,
Meja pula berada di sebelah,
Perangai luaran nampak sopan,
Tapi dalaman nauzubillah.

Adik sedang menari-nari,
Badan berpeluh terasa hangat,
Mengata orang ke sana kemari,
Kau ingat kau tu baik sangat.

Burung terbang tinggi di awan,
Terjatuh pula di dalam baldi,
Walaupun aku di anggap kawan,
Tapi tak pernah nak kenang budi.

Kucing Nana nama belang,
Seronok bermain berlari-lari,
dah tahu meminjam silalah pulang,
kalau tak nak belilah sendiri.

Atas bumbung ada jin,
Jin lepak di sebelah kiri,
Nak pinjam buku mintalah izin,
Bukannya ambil atau mencuri.

Kalau berjaja jangan menipu,
Bila menipu penjaja lari,
Kalau belajar jangan berseteru,
Bila berseteru kawan membenci.

Kita membawa jarum dan benang,
Dia menyambut dengan gunting,
Niat berkawan ingin di kenang,
Ternyata aku bukan orang yang penting.

Baju di simpan dalam almari,
Almari di beli di tanjong pekan,
Bila senang sentiasa di cari,
Bila susah sentiasa di tinggalkan.

Dah baca koleksi 30 pantun cinta 2 kerat dan 4 kerat yang boleh korang gunakan dalam usaha memikat hati si dia ini? Best of luck!

Kucing jadi haiwan belaan,
Sering membantu ketika kesusahan,
Niat berkawan eratkan persaudaraan,
Bukan untuk tambahkan permusahan.

Mari berburu sampai sempadan,
Dapat itik badan berjalur,
Biar carik baju di badan,
Asal hati bersih dan jujur.

Kambing betina sangat menawan,
Kambing jantan nama biri-biri,
Di sangka jujur hati kawan,
Rupanya sering di tikam, kawan sendiri.

Adik sedang bermain layang,
Tali diikat pada kunci,
Katanya kawan saling sayang,
Namun ternyata saling membenci.

Haa!!! Macam mana pedih tak…

Dah baca 20 himpunan pantun perpisahan guru yang Atok akan kongsikan kepada korang ni? Sesuai untuk rujukan sebagai ucapan perpisahan kepada rakan sekerja korang..

Penutup

Ok, demikian 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati) yang boleh korang gunakan ikut kesesuaian.

Kawan korang kaki pinjam duit, tak reti nak pulang balik? Kawan korang suka mengata di belakang? Rupa hensem, perangai buruk? Ada. Kesemua pantun sentap untuk kawan yang macam ni ada di atas.

Korang cari jer. Pilih mana yg kena dengan situasi korang.

Pantun seloka mempunyai pantun lawak atau pantun jenaka yang menghiburkan. Ini 10 pantun empat kerat lawak pecah perut yang mencuit hati..

Terdapat banyak lagi pantun sentap untuk kawan-kawan yang boleh korang gunakan atau berikan kepada kawan-kawan yang sering menyakiti hati korang. Namun, senarai 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati) di atas ini pun sudah boleh membantu korang untuk menyampai atau memberikan kata-kata ‘nasihat’ kepada kawan korang yang ‘sorang’.

Oh ya, koleksi pantun sentap untuk kawan ni juga sesuai dihadiahkan kepada ‘haters’ korang!

Atok
Follow me

1 thought on “Pantun Sentap Untuk Kawan (Boleh Pedih Ulu Hati)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!