Pantun Perpisahan Guru & Rakan Sekerja (20 Koleksi Pantun)

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal di Nusantara. Jadi, Atok akan kongsikan 20 himpunan pantun perpisahan guru kepada korang. Sesuai juga untuk rujukan sebagai ucapan perpisahan kepada rakan sekerja korang. Kalau korang nak tahu, pantun merupakan karangan dan hiburan asal orang melayu yang telah wujud zaman dahulu. Selain itu, pantun ini juga digunakan sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan sesuatu perkara dengan cara lebih kreatif.

Pantun Perpisahan Guru & Rakan Sekerja (20 Koleksi Pantun)

Pada zaman dahulu, pantun dalam bentuk lisan iaitu dihasilkan dan dibacakan secara spontan. Beza pada zaman sekarang dimana pantun telah dibukukan untuk dijadikan bahan bacaan umum.

Masyarakat melayu dahulu berkomunikasi dan berhibur dengan berbalas pantun. Selain mengajar kita untuk berfikir, pantun juga merupakan simbol adat melayu kita terdahulu.

Oleh itu, pantun memainkan peranan penting untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat. Berikut merupakan 20 himpunan pantun perpisahan guru atau rakan sekerja khas untuk korang.

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi pantun perpisahan ni, korang layan pula lain-lain koleksi-koleksi pantun best ni. Pantun cinta ada, pantun sentap pun ada. Yang sentap tu, memang sesuai bagi pada kawan yang hhmmm.. susah nak cakap la.

Koleksi pantun perpisahan guru besar

Bagi korang yang ada Guru Besar yang akan berpindah ke sekolah baharu atau mungkin akan bersara wajib tidak lama lagi, boleh gunakan koleksi pantun perpisahan guru besar berikut:

Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Perigi puan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi puan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

Koleksi pantun perpisahan guru bersara

Bagi korang yang ada rakan guru yang akan bersara wajib tidak lama lagi, boleh gunakan koleksi pantun perpisahan guru bersara berikut:

Mudik ke hilir berperahu layang,
Singgah sebentar di Indera Giri,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandailah menjaga diri.

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup,
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

Koleksi pantun perpisahan guru pindah

Bagi korang yang ada rakan guru yang lulus permohonan egTukar dan akan berpindah ke sekolah baru, boleh gunakan koleksi pantun guru berikut:

Kerana hujan tanah pun basah,
Tanah dah lama kena gempa,
Hari ini saatnya kita berpisah,
Semoga esok kita kembali berjumpa.

Wangi aroma dari kayu gaharu,
Mainan anak si buah rotan,
Apabila berjumpa teman baru,
Teman lama janganlah dilupakan.

Hati gembira bersama teman,
Gembira ria bawah jambatan,
Seandainya kita diizinkan Tuhan,
Tentu bersua di hari kemudian.

Putih-putih bunga melati,
Melati disimpan di dalam almari,
Janganlah dikau bersedih hati,
Meski perpisahan datang menghampiri.

Bulan datang di malam hari,
Meski pun satu dipagar bintang,
Maafkan salahku selama ini,
Sampai jumpa di waktu mendatang.

Bawa gergaji mari diasah,
Gergaji buat potong pelepah,
Hari ini kita berpisah,
Moga rezeki selalu berlimpah.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umurku panjang,
Bolehlah kita bertemu lagi
.

Pohon pelam di simpang tiga,
Gugur sebiji ranum buahnya,
Meskipun kita berpisah raga,
Namun bersatu di dalam jiwa
.

Baju seragam terlihat gagah,
Pulang sekolah membawa buku,
Takdir berpisah tak dapat dicegah,
Selamat tinggal rakan terbaikku
.

Hari ini menanam jagung,
Hari esok menanam serai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bersurai.

Koleksi pantun perpisahan rakan sekerja

Bagi korang yang ada rakan sepejabat yang akan berpindah ke tempat kerja baru atau mungkin naik pangkat, boleh gunakan koleksi pantun perpisahan rakan sekerja berikut:

Pergi ziarah ke Kota Kulim,
Beli itu dan beli ini,
Selamat tinggal teman satu team,
Semoga kita bertemu lagi.

Dah baca koleksi 10 pantun cinta 2 kerat dan 20 pantun cinta 4 kerat yang boleh korang gunakan dalam usaha memikat hati si dia ini? Best of luck!

Campur roti dengan mentega,
Minum kopi tidak bergula,
Sampai jumpa lagi kawan sekerja,
Baik-baik kamu di sana.

Santap sarapan di atas meja,
Santap pula dengan sahabat,
Bertahun kita sama bekerja,
Hari ini berpisah tempat.

Jalan-jalan ke Kota Raja,
Hampir lupa singgah mertua,
Berpisah hanyalah tempat kerja,
Bukan pisah untuk selamanya.

Pantun kaya dengan seni kata yang halus dan mempunyai irama yang indah turut melambangkan kehebatan serta kepakaran masyarakat melayu apabila bermain bahasa. Pantun biasanya masyarakat kita akan gunakan untuk menasihati dan bertegur-sapa.

Variasi 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati) yg boleh korang gunakan ikut kesesuaian. Pilih mana yg kena dengan situasi korang..

Tahu tak konsep pantun ni macam mana?

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Pola akhir pantun mestilah diakhiri dengan a-b-a-b. Namun, ada juga pantun yang berbentuk seperti a-a-a-a.

Dua baris pertama pantun di namakan sebagai pembayang, manakala dua barisan terakhir merupakan tujuan atau maksud pantun.

Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu.

Pantun seloka mempunyai pantun lawak atau pantun jenaka yang menghiburkan. Ini 10 pantun empat kerat lawak pecah perut yang mencuit hati..

Namun, segelintir masyarakat kita alpa dengan meminggirkan tradisi pantun kita. Walhal, menegur dan menasihat menggunakan pantun, menggunakan pantun sebagai ucapan sememangnya meninggalkan impak yang besar kepada pendengar.

Harap, perkongsian 20 himpunan pantun perpisahan guru atau rakan sekerja ini membantu korang. Kalau macam tu, Atok pun ada pantun untuk korang.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput darilah padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

Atok
Follow me

1 thought on “Pantun Perpisahan Guru & Rakan Sekerja (20 Koleksi Pantun)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!