Pantun Cinta 2 Kerat dan 4 Kerat (Untuk Memikat Si Dia)

Jika dilihat, selain pantun yang berunsurkan nasihat, sahabat, keluarga dan sebagainya. Pantun yang berunsurkan cinta juga antara pantun yang sering digunakan oleh golongan remaja pada zaman sekarang. Zaman kini, walaupun dihujani dengan perubahan teknologi tetapi golongan remaja yg sering dilamun cinta masih menggunakan pantun sebagai cara untuk meluahkan perasaan antara satu sama lain. Oleh itu, di sini atok kongsikan koleksi pantun cinta 2 kerat dan pantun cinta 4 kerat yang boleh korang gunakan dalam usaha memikat hati si dia!

Pantun cinta 2 kerat dan pantun cinta 4 kerat serta pantun cinta klasik

Koleksi pantun cinta ini sangat membantu untuk korang yang ingin meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing. Haa!! Mana tahu korang yang sedang dilamun cinta ni pun tengah mencari pantun cinta yang sesuai untuk pasangan korang kan?

Justeru, korang boleh pilih aman yang sesuai antara koleksi pantun cinta 2 kerat dan 4 kerat di bawah ini sebagai bahan korang untuk meluahkan perasaan pada buah hati masing-masing.

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi pantun cinta ni, korang layan pula lain-lain koleksi pantun best ni. Pantun kelakar ada, pantun sentap pun ada. Memang sesuai bagi dengan kawan yang hhmmm.. susah nak cakap la.

Ok, berikut merupakan koleksi 10 pantun cinta 2 kerat dan 10 pantun cinta 4 kerat. Sebagai bonus, juga atok serikan dengan 10 pantun cinta klasik karangan orang dulu-dulu.

Pantun cinta 2 kerat

Burung terbang melayang-layang,
Sudikah dirimu ku panggil sayang?

Anak katak dipanggil berudu,
Kalau nak tahu, you lah yang I rindu.

Jalan-jalan di atas titi,
Hanya kamu yang ingin kujadikan isteri.

Hendak memanggang si anak rusa,
Hanya engkau yang aku suka.

Jalan-jalan di kota lama,
Jadilah teman hidupku selamanya.

Kasih sayang harus dirai
Jika nak tahu kau yang ku cintai.

Tidur malam terbayang-bayang
Kalau nak tahu cintamu buat ku melayang.

Dalam cinta ada benci,
Sudikah di kau menjadi isteri.

Kopi manis tumpah gula,
Dirimu selalu buatku tergila-gila.

Pergi aquaria jumpa ikan yu,
Hai baby, I love you.

Pantun cinta 4 kerat

Ikan di pasar masih bersisik,
Ikan di beli di pasar Selayang,
Jumpa family datang merisik,
Jika benar hati dah sayang.

Ikan gelama ikan berduri,
Di beli oleh makcik siti,
Kalau takut cintaku di curi,
Jadikan lah diriku suri hati.

Pergi ke kedai dengan kereta,
Sampai di kedai membeli panah,
Jika tertulis jodoh milik kita,
Semoga kekal hingga ke Jannah.

Anak kecil sedang mandi,
Sambil mandi bermain batu,
Sungguh indah cinta di hati,
Wahai kasih kaulah yang satu.

Bunga yang mekar kian layu,
Kian layu di tasik madu,
Wahai si cantik yang lagi ayu,
Mahukah dikau menerima diriku.

Manis sungguh si gula batu,
Di makan dengan belimbing besi,
Kalau rindu sebutlah namaku,
Biarkan gambar jadi pengganti.

Kuah dihidang di atas meja,
Dihidangkan pula bersama sudu,
Gambar dibawa kemana sahaja,
Itulah penawar penyakit rindu.

Berjalan-jalan ke sana sini,
Jaga-jaga jatuh di titi,
Wahai kasih ku anggap bidadari,
Yang sentiasa ada di dalam hati.

Bunga mawar bunga matahari,
Di tinggal pula di bawah bayu,
Ini adalah ucapan hari-hari,
I just want to say I love you.

Pagi-pagi lihat cermin,
Lihat cermin nampak bayang-bayang,
Kalau hati sudah sama-sama sayang,
Semoga hubungan sampai ke pelamin.

Tak cukup lagi? Korang nak lagi pantun cinta 4 kerat yang lebih power? Kalau begitu, korang gunakan pantun cinta klasik di bawah. Koleksi pantun cinta melayu lama ini adalah karangan orang dulu-dulu. Memang mendalam makna tersirat yang dikandungnya.

Pantun cinta klasik

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai abang antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Anak dusun memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Piai,
Di dalam hati tidak kan lupa,
Bagaikan rambut bersimpul mati.

Baru sekali menebas lalang,
Kaki luka tertikam duri,
Baru sekali adik dipandang,
Cinta sudah lekat di hati..

Kain batik koyak melintang,
Tidak boleh dijahit lagi,
Bila adik merajuk panjang,
Tidaklah boleh dipujuk lagi.

Kalau ada nangka di pintu,
Nangka di raga jangan dedahkan,
Kalau ada cita begitu,
Jiwa dan raga hamba serahkan.

Lipat baju lipatlah kain,
Bawa belayar tanah seberang,
Hati tiada pada yang lain,
Hati ingat abang seorang.

Dah tengok variasi 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati) yg boleh korang gunakan ikut kesesuaian ini? Pilih mana yg kena dengan situasi korang..

Pasir putih Pasir Linggi,
Tempat abang bermain layang,
Adik putih mahligai hati,
Tempat abang menumpah sayang.

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa kanda dirikan,
Kalau sungguh bagai di kata,
Badan dan nyawa kanda berikan.

Burung merbuk terbang beribu,
Hinggap seekor di tepi laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau puan mudik ke hulu,
Carikan hamba bunga kemboja,
Kalau puan mati dahulu,
Nantikan hamba di pintu syurga.

Justeru, di atas ini merupakan koleksi pantun cinta 2 kerat dan koleksi pantun cinta 4 kerat yang boleh korang copy paste. Kalau rajin, edit sikit-sikit bagi lagi cantik.

Haa!! Macam mana, menarikkan pantun cinta ini.

Pantun seloka mempunyai pantun lawak atau pantun jenaka yang menghiburkan. Ini 10 pantun empat kerat lawak pecah perut yang mencuit hati..

Kesimpulannya, selain korang boleh mempelajari pantun-pantun yang berunsur nasihat atau bertemakan keluarga, sahabat, teman dan sebagainya, korang juga boleh mempelajari pantun-pantun yang berunsurkan cinta ini.

Bagi golongan muda yang malu untuk meluahkan perasaan secara terus terang, maka korang bolehlah menggunakan pantun sebagai bahasa kiasan untuk korang menyampaikan atau meluahkan perasaan pada seseorang.

Dah baca 20 himpunan pantun perpisahan guru yang Atok akan kongsikan kepada korang ni? Sesuai untuk rujukan sebagai ucapan perpisahan kepada rakan sekerja korang..

Lagi pula, kita kan rumpun nusantara, memang terkenal dengan adab sopan dan kias-kiasan. Oleh itu, bagi korang yang tengah cari koleksi pantun cinta, di atas ini telah disenaraikan sebanyak koleksi 10 pantun cinta 2 kerat dan koleksi 10 pantun cinta 4 kerat serta koleksi 10 pantun cinta klasik. Jadi, kesemuanya ada 30 pantun cinta yang boleh korang gunakan untuk memikat hati si dia.

Atok
Follow me

1 thought on “Pantun Cinta 2 Kerat dan 4 Kerat (Untuk Memikat Si Dia)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!