Setiap penyakit yang dialami pasti ada cara untuk mencegahnya daripada terus mengganggu aktiviti harian korang. Begitu juga dengan penyakit gout. Justeru, kali ini kita akan melihat apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout yang perlu korang ketahui.
Isi Kandungan
Di Malaysia, masalah kesihatan kini semakin hari semakin meningkat. Namun begitu, setiap masalah kesihatan yang dialami pasti ada cara untuk mencegahnya. Tidak terkecuali juga bagi mereka yang mengalami penyakit gout.
Apa itu Gout?
Gout adalah sejenis penyakit artritis iaitu penyakit keradangan berkaitan sendi.
Hal ini terjadi disebabkan pengumpulan asid urik sehingga mengakibatkan sendi bengkak, lembut dan memberi rasa sakit yang kronik. Oleh kerana masalah yang terjadi tersebut, ianya digelarkan sebagai penyakit gout.
Selain itu, untuk pengetahuan korang juga, bahagian sendi yang sering diserang penyakit gout ini adalah pada bahagian seperti sendi-sendi jari, buku lali serta lutut.
Gout paling lazim menyerang di bahagian kaki. Gout kaki boleh menyebabkan pengidap menghadapi kesukaran bergerak dan membataskan aktiviti yang boleh dilakukan. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi kaki yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.
Tanda tanda gout
Gout adalah seperti kawan yang sentiasa menjengkelkan, ia akan menyerang korang dengan rasa sakit dan warna kemerahan pada sendi, biasanya pada pergelangan kaki. Ia boleh menjadi sangat menjengkelkan dan kerap datang menghampiri korang di tengah malam.
Tanda-tanda gout termasuklah:
- Sendi yang terkena membengkak dan berwarna merah seperti tomato ranum.
- Rasa sakit bila disentuh seperti dipukul dengan palu.
- Suhu sendi meningkat seperti sedang memasak nasi.
- Kesukaran bergerak seperti berjalan dengan kaki terikat.
Justeru itu, jika korang melihat terdapat pembengkakan pada bahagian-bahagian sendi yang di nyatakan, hendaklah segera berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada ianya serangan penyakit gout atau sebaliknya.
Berikut merupakan makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout..
Sayur-sayuran
Untuk makluman semua, antara makanan yang boleh di makan oleh pesakit gout adalah sayur-sayuran.
Sayur-sayuran bukan sahaja sesuai untuk golongan-golongan yang ingin mengurangkan berat badan, tetapi ianya juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan termasuk mereka yang mengalami penyakit gout.
Namun begitu, tidak semua sayur-sayuran ini boleh di makan bagi mereka yang mengalami penyakit gout.
Oleh itu antara sayur-sayuran yang sesuai untuk pesakit gout adalah seperti kentang, cendawan, sayur-sayuran yang berdaun hijau serta terung. Sayur-sayuran ini mampu membantu menghasilkan mineral penting untuk badan.
Bijirin Penuh
Selain sayur-sayuran, makanan yang berbijirin penuh seperti oat, nasi,barli dan beras perang ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit gout.
Hal ini demikian kerana, makanan-makanan tersebut mengandungi serat yang tinggi yang dapat memberi rasa kenyang dengan cepat serta mengawal berat badan.
Apabila berat badan dapat di kawal menjadi berat yang ideal dan sihat, maka serangan penyakit gout dapat dielakkan daripada terjadi. Oleh kerana itu, pengambilan bijirin penuh ini sangat sesuai dan bagus untuk kesihatan gout.
Buah-buahan
Semua orang mengetahui bahawa buah-buahan merupakan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral-mineral yang baik dan penting untuk badan.
Bukan itu sahaja, selain buah-buahan penting untuk penghadaman, buah-buahan juga mengandungi nutrisi yang boleh menghalang daripada seranga gout dengan menurunkan paras asid urik dalam darah dan mengurangkan keradangan.
Justeru, antara buah-buahan yang sesuai dan boleh di makan oleh pesakit gout adalah pisang, epal, pear, nenas dan Avocado. Buah-buah yang dinyatakan ini sememangnya mempunyai purin yang rendah yang memang elok untuk penyakit gout.
Bagi korang yang mempunyai abang, kakak, ibu atau ayah yang mengalami penyakit gout, bolehlah menjadikan buah-buahan sebagai salah satu makanan yang boleh di makan oleh pesakit gout.
Produk Tenusu
Untuk maklumana, produk tenusu juga salah satu makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Hal ini dikatakan demikian kerana, produk tenusu merupakan antara makan yang mampu mengurangkan risiko penyakit gout.
Produk rendah lemak sememangnya mempunyai kandungan purin yang rendah dan dek kerana itu ianya sangat sesuai untuk pesakit gout.
Namun begitu, tetap diingatkan walaupun ianya baik untuk pesakit gout, namun kadar pengambilannya perlulah dalam kadar sederhana. Ini termasuklah susu, ais krim dan yougurt.
Mari kita lihat pula apakah makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout.
Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Pesakit Gout
Apakah makanan pantang gout? Kata kuncinya iala purin. Pengambilan makan yang tinggi purin oleh penghidap gout merupakan punca kepada serangan gout.
Makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi adalah seperti ikan sardin, ikan bilis, organ dalaman haiwan seperti pankreas, hati dan buah pinggang.
Jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout
Untuk penghidap gout, korang harus mengelakkan ikan dalam ‘kelas purin tinggi’. Apa maksud ‘kelas purin tinggi’? Ikan-ikan yang mempunyai kandungan purin 400 miligram atau lebih bagi setiap 100 gram ikan.
Kajian menunjukkan bahawa ikan bilis segar mempunyai jumlah kandungan purin tertinggi iaitu kira-kira 410 miligram setiap hidangan 100 gram.
Selain bilis, ada beberapa lagi jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout. Ia termasuk trout dan tuna. Ikan lain dengan paras purin yang tinggi termasuk herring, hinggap lautan, makarel dan sardin.
Kesemua jenis ikan ini boleh mencetuskan apa yang dipanggil oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit sebagai “suar gout.”
Makanan Laut Tinggi Purin | |
---|---|
Bilis | 410 mg |
Trout, tidak ditentukan | 297 mg |
Tuna dalam minyak | 290 mg |
Tuna | 257 mg |
Sardin | 210 mg |
Halibut | 178 mg |
Salmon | 170 mg |
Nota: Nilai Kandungan Purine Bagi Setiap 100 g.
Selain daripada jenis-jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout yang telah disenaraikan di atas, korang boleh makan. Tetapi dengan kadar sederhana dan berpatutan.
Seterusnya ialah makanan yang tinggi gula jenis fruktosa. Makana jenis ini juga menyebabkan serangan gout terjadi lebih kerap. Ini disebabkan oleh fruktosa yang menyebabkan penggunaan kompaun yang digunakan untuk membawa tenaga dalam badan iaitu ATP (adenosine triphosphate).
ATP akan bertukar kepada AMP (adenosine monophosphate) ketika menguraikan gula fruktosa. Kompaun AMP inilah yang akan diuraikan menjadi asid urik.
Gula fruktosa juga akan mengaruhkan penghasilan kompaun purine yang lebih banyak daripada badan. Pada akhirnya, kompaun purine itu juga akan diuraikan menjadi asid urik dan menyumbang kepada kekerapan serangan penyakit gout ini.
Makanan yang tinggi gula fruktosa
Kepada pesakit gout, sila jauhkan diri daripada jenis-jenis makanan tinggi gula fruktosa di bawah..
- Minuman dalam tin dan kotak termasuk jus buah.
- Bijirin
- Koktel buah
- Gula-gula dan coklat
- Dadih
- Aiskrim
- Roti dan pastri
- Minuman 3 in 1
- Susu berperisa
- Makanan bayi
Cara kurangkan kesakitan gout
- Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya 8 hingga 16 gelas (kira-kira 2 hingga 4 liter) cecair setiap hari.
- Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
- Makan makanan seimbang. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
- Pilih produk tenusu rendah lemak. Dapatkan protein dari produk tenusu rendah lemak. Elakkan pengambilan protein yang tinggi.
- Senaman yang kerap membantu mengekalkan kesihatan.
- Berhenti merokok adalah langkah yang sangat digalakkan.
- Kawal berat badan. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam tubuh.
Kesimpulannya
Terdapat banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Namun begitu, senarai di atas ini sudah cukup membantu pesakit-pesakit gout untuk mengetahui makanan apa yang boleh mereka makan dan amalkan.
Oleh itu, sangat digalakkan dan di minta kepada mereka yang memiliki penyakit gout ini untuk mengamalkan makanan yang dibenarkan ini supaya serangan penyakit gout dapat diminimakan dan kesihatan sentiasa kekal terjamin. Di samping mengelakkan makanan pantang gout.
Atok doakan korang selalu sihat wal afiat dan jarang diserang oleh sakit gout. Aamin..
Rujukan Lain
Bagi pelajar-pelajar yang berminat menyambung pelajaran di kolej vokasional, ini senarai kolej vokasional di Malaysia dan kursus yang ditawarkan..
Bagi korang yang NAK tahu senarai IKBN dan IKTBN serta kursus yang ditawarkan, ini senarai penuh IKBN dan IKTBN beserta kursus yang ditawarkan..
Tengah mencari soalan Pengetahuan Am Malaysia? Di sini dikongsikan beberapa contoh soalan Pengetahuan Am tentang Malaysia..
Bagi korang yg nak mohon SPA9, di sini atok terangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon). Moga bermanfaat ya..
Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2023 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..
Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Baca 3 petua melembutkan daging kambing ini..
Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Moga bermanfaat..
Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya..