Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam

Bukan. Topik kita kali ni bukan cara memikat hati perempuan. Itu lain kali atok kongsikan topik tersebut. Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam. Bak kata Stings – dalam diam aku mencintaimu atau seperti lagu Ramlah Ram – diam diam jatuh cinta..

Cara memikat hati lelaki dalam diam

Tidak ramai golongan wanita yang mempunyai keyakinan atau keberanian untuk memikat hati lelaki dek kerana sesetengah golongan wanita takut jika dirinya di-reject oleh lelaki yang mereka sukai.

Bukan itu sahaja, jika kita pernah mendengar tentang perigi mencari timba, konsep atau kata-kata tersebut sangat terpakai pada zaman kini di mana zaman kini lebih ramai golongan wanita yang mula berjinak-jinak untuk memikat hati lelaki.

Hal ini demikian kerana, zaman sekarang mencari pasangan hidup sangatlah sukar dek kerana umum mengetahui populasi wanita lebih banyak berbanding lelaki.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kaum wanita tidak mahu diri mereka kelihatan terlalu obvious menyukai seseorang lelaki. Tapi, bagaimanakah cara memikat hati lelaki idaman? Apakah cara memikat hati seseorang yang disukai tanpa kelihatan terlalu ketara?

Jadi, di bawah akan diperturunkan cara-cara memikat hati lelaki dalam diam.

Mulakan Komunikasi

Cara memikat hati seseorang yang paling berkesan ialah melalui komunikasi. Untuk pengetahuan korang, komunikasi merupakan asas yang penting dalam setiap perhubungan kerana ianya mengambarkan bagaimana cara korang berbual dan berinteraksi bersama lelaki idaman korang.

Justeru, jika korang menyukai seseorang lelaki, korang perlulah memulakan perbualan dengannya dan memperkenalkan siapa diri korang yang sebenarnya.

Walaupun ada sesetengah wanita beranggapan bahawa jika lelaki dan perempuan berjumpa, lelaki adalah orang pertama yang sepatutnya memulakan perbualan. Namun sekarang, tidak peduli sama ada lelaki atau wanita yang akan memulakan perbualan dahulu.

Apabila korang berkomunikasi dengan lelaki idaman korang, secara tidak langsung personaliti yang ditunjukkan mampu memikat hati lelaki tersebut dalam diam. Tetapi tunjukkanlah personaliti yang sesuai. Oleh itu, komunikasi merupakan salah satu cara memikat hati lelaki dalam diam.

Menyukai hobi atau minatnya

Selain itu, cara memikat hati lelaki dalam diam yang boleh korang aplikasikan adalah dengan menyukai hobi atau minatnya. Setelah korang mengenali dirinya dan mengetahui serba sedikit tentang diri dan minatnya.

Melalui informasi tersebut, korang boleh cuba berusaha menunjukkan minat korang terhadap hobi atau sesuatu aktiviti yang diminatinya.

Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung minat dan sokongan dari diri korang dapat menunjukkan bagaimana korang berusaha untuk menunjukkan ketertarikan terhadap dirinya tanpa terlalu ketara.

Bukan itu sahaja, sokongan dan dorongan yang korang tunjukkan tersebut juga secara tidak langsung dapat memikat hati lelaki dalam diam.

Jaga Penampilan diri

Selanjutnya, penampilan diri juga merupakan perkara penting dan utama bagi seseorang wanita untuk memikat hati seorang lelaki. Hal ini demikian kerana first impression diri korang sangat penting kerana ianya menunjukkan jenis perwatakan korang.

Justeru, untuk menarik minat hati lelaki dalam diam korang perlu menonjolkan diri korang dengan berpenampilan menarik, cantik dan kemas.

Penampilan yang menarik yang perlu korang tonjolkan bukanlah dengan memakai pakaian seksi untuk menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya pakaian yang lebih kemas dan menutup aurat supaya penampilan korang selesa untuk dipandang.

Ini juga boleh menjadi sebab kepada seseorang lelaki boleh tertarik kepada korang jika penampilan diri korang mampu mendapat first impression yang baik dari dirinya.

Kawal Adab Dan Sikap

Selain komunikasi dan penampilan diri diambil kira dalam memikat hati lelaki, adab juga tidak terkecuali dalam memikat hati lelaki dalam diam.

Hal ini demikian kerana, adab yang ditunjukkan oleh diri korang adalah penentu kepada nilai diri korang. Seberapa banyak mana pun perasaan suka korang terhadap lelaki tersebut, pastikan perilaku korang sentiasa terjaga dan jangan tunjukkan sikap gedik yang melampau.

Ini kerana, tidak semua lelaki menyukai wanita yang berperwatakan gedik. Untuk menjadi diri sendiri itu tidak salah tetapi jika korang mempunyai sedikit sikap atau adab yang agak kurang menyenangkan.

Seeloknya dikurangkan sedikit agar permulaan pertemuan korang dengan si dia lebih menyenangkan dan masing-masing mudah berasa selesa antara satu sama lain.

Kesimpulannya, selain beberapa cara memikat hati lelaki dalam diam yang ditunjukkan di atas, terdapat banyak lagi cara memikat hati lelaki yang korang boleh pelajari.

Jika cara yang atok kongsikan itu tidak berhasil, maka korang bolehlah mencuba dengan cara yang lain untuk memikat hati lelaki idaman korang dalam diam-diam.

Kalau kena gayanya, si dia akan tersuka korang tanpa dia sendiri menyedarinya!

Rujukan Lain

Baca cara semakan penyata pinjaman PTPTN online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN..

Dah cari contoh ucapan Hari Raya 2024 yang kreatif dan menarik untuk dihantar menerusi Whatsapp, Telegram, Emel, Insta, FB atau lain-lain saluran?

Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2024 berdasarkan kategori yang dikongsikan ini sebagai rujukan..

Kepada para anggota tentera yang nak menyemak penyata gaji ATM atau memuat turun slip gaji ATM online, berikut dikongsikan butirannya..

Bencana datang tiba-tiba. Maka, penting untuk pekerja seperti korang mengetahui cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) masing-masing..

Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.

Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023. Jom kenali PM kita..

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Leave a Comment

error: Content is protected !!